About




hai dan assalamualaikum :)

pertama sekali, mohon maaf atas penggunaan kata ganti nama "AKU" bagi yang lebih dewasa//
serta sebanyak banyak maaf andai blog ini hanya membazirkan masa berharga anda :<

tentang aku?
jujur aku taipkan di sini, tiada apa yang istimewa tentang aku. ke kau rasa ada? *hikhikhikhik tapi, biarlah aku berkongsi sedikit sebanyak mengenai aku walaupun tak ada orang nak tahu *emojimonyetcomeltutupmuka*

nama aku nurain nadhirah binti muzafar. jangan panggil aku nurain nadhirah. panggil ain sudah :) aku tinggal kat Terengganu. kalau ada yang nak belajar cakak tengganu boleh la ngorat aku. eh? haha umur aku lima belas tahun. tahun ni tahun aku ambil exam pentaksiran tingkatan tiga. bahasa femes, PT3. doakan yang terbaik untuk aku. terima kasih :)

aku bersekolah di salah sebuah sekolah di hulu terengganu. aku tinggal kat asrama.jadinya, blog aku bergerak secara pasif. atau mungkin tak bergerak langsung. hmm kesian blog aku. hari hari nangis windu aku uwerrkk

apa lagi yang perlu aku taip? sungguh, aku buntu.

aku nak kurus tapi aku suka makan. aku tak suka makan tapi aku suka makanan. eh, apakah? walaupun aku kenyang, aku tetap rasa nak makan. perut aku paling suka minta diisi pada waktu waktu tengah malam. aku tak boleh tengok makanan. bukan apa, tergoda. kenapa lah makanan ni boleh jadi begitu attractive ye?

tangan aku dah kejang tak boleh menaip. otak aku pula dah mengantuk untuk terus berkembang(buat masa ni la) sebelum aku mengarut dengan lebih lanjut, benarkanlah aku type bye dan assalamualaikum.

ok lah semua. bye dan assalamualaikum. :)

apa lagi yang pastut saya selitkan di bahagian ini atau apa yang anda ingin tahu? bolehlah nyatakan di ruangan komen atau akaun ask fm saya. cadangan dan soalan anda amat dinanti nantikan :>

No comments: